Tuesday, October 9, 2012

Berhijab VS Tak Berjihab.

Bismillah.

Salam hari Rabu semua!

Alhamdulillah. Masuk hari ni, dah sembilan bulan aku pakai hijab sepenuhnya seikhlas hati. Aku mengakui sepenuh hati, ketersungkuran aku dulu memang saaangat banyak hikmahnya.





Memang saaaangat banyak bezanya bila kita bertudung dengan tak bertudung.

Dulu, masa belum bertudung sepenuhnya, dalam hati aku selalu ada soalan-soalan and ayat-ayat macam,

"Eh, bila nak pakai tudung betul-betul ek? Nantilahhhh." 

ataupun,

"Ish, rimaslah orang pandang-pandang ni. Pantang tengok perempuan freehair sikit."

 takpun,

"Macam mana kalau TUHAN tarik nyawa aku masa aku tengah tak bertudung?"


Nauzubillah.

Tapi masa aku jatuh tersungkur, masa tu aku banyak habiskan waktu aku mengadu dengan TUHAN. Aku rasa TUHAN masih sayangkan aku. Sebab tu DIA uji aku dengan benda-benda macam ni. 

Sekarang, aku tak rasa bimbang lagi. Dalam hati aku sekarang, selalu ada kata-kata macam ni,

"Ya ALLAH, kalau KAU nak ambil nyawa aku sekarang pun, aku bersedia. Sebab aku berada dalam keadaan mengikut suruhan-MU."

ataupun,

"Walaupun aku banyak dosa, sekurang-kurangnya aku tak berdosa sebab membuka aurat."

takpun,

"Semoga jiwa ibu bapa aku tenang sebab anak perempuan diorang pandai jaga aurat."


InsyaALLAH.

Aku tak nafikan, memang saaangat ramai yang tanya aku, 


"Eh, ni kau pakai tudung ni sebab fesyen ke apa ni?"

ataupun,

"Baru balik dari masjid ke?"

takpun,

"Ni agak-agak sampai bila tudung kau boleh bertahan ni?"


Tak apa. Aku tak kisah dengan soalan itu semua. Bagi aku, selagi kita nak buat baik, selagi tu ada beribu-ribu halangan. Bila ada orang yang cakap macam tu, aku cuma senyum dan cakap,

"InsyaALLAH berkekalan hingga hujung nyawa. Tolong doakan saya ye."



Alhamdulillah ya TUHAN untuk kesedaran ini. Walaupun terlambat, tapi aku masih sempat untuk berubah :')


 



Monday, September 24, 2012

Doa Ketika Sedih.

Assalamualaikum semua..

Selamat pagi!

Hari ni aku nak kongsi satu doa. Doa ni kawan aku bagi kat aku masa aku tengah saket tersungkur penangan cinta dulu. Doa ni aku buat wallpaper kat laptop and baca hari-hari.

Mudah-mudahan berkat dari doa ni, TUHAN akan tolong kita dalam setiap waktu and ketika. InsyaALLAH...

Bismillahirrahmanirrahim..



Tuesday, September 18, 2012

Erti Syawal 1433H.

Assalamualaikum semua..

Selamat hari Selasa.

Dah berlalu Syawal. Lepas ni dah boleh start diet balik. Sepanjang bulan Syawal diet pun dah ke laut.

Anyway, Syawal kali ni banyak mengajar aku erti sabar, maaf dan syukur.


1) Sabar.



Readers, sepanjang aku tak update blog sebelum ni, aku dah temui cinta baru. Cinta yang aku harap akan jadi cinta sejati. Cinta yang aku nak forever until jannah. Tapi itulah kalau TUHAN kata 'kunfayakun'. Takdir TUHAN, kami berpisah. Setengah tahun aku hilang arah. Aku hilang semangat. Aku hilang jiwa. Tapi satu benda ni yang buat semangat aku naik semula - S.A.B.A.R.

Sabar yang ajar aku untuk hentikan tangisan. Sabar yang naikkan semangat aku untuk bangkit semula. Sabar yang buat aku mula ceria semula. Terima kaseh 'sabar'.


2) Maaf.



Sekarang dah nak masuk lapan bulan kami berpisah. Even tak boleh lupakan sepenuhnya, tapi aku belajar untuk maafkan dia. Betullah yang orang selalu kata, memaafkan tu adalah perbuatan yang paling mahal dalam dunia. Even perit, aku ajar diri aku untuk maafkan dia. Lepas maafkan dia, hati aku rasa tenang. Semua saket rasa hilang. Itulah yang buat aku boleh berdiri semula - M.A.A.F.


3) Syukur.



Sepanjang bersedih, aku lupa, yang kita kena beriman kepada qada' dan qadar. Aku lupa semua yang berlaku ada hikmahnya. Aku muhasabah diri aku. Aku tengok keadaan sekeliling aku. Aku masih ada kawan-kawan yang selalu buat aku lupa rasa sedih. Aku ada family yang selalu doakan kebahagiaan aku. Aku ada diorang semua. Astaghfirullah. Betapa aku khilaf. Aku lupa untuk ucapkan satu perkara - S.Y.U.K.U.R.

Aku bersyukur sebab masih ada ramai yang sayangkan aku. Sepanjang ke'tersungkur'an aku, aku makin dekat dengan TUHAN. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan rahmat dan kasih sayang-MU ya ALLAH...



 Pendek kata, Syawal 1433H banyak mendorong aku untuk jadi muslimah yang lebih baek.
Alhamdulillah.

Till then (^_^)



Tuesday, September 11, 2012

Kebangkitan Semula.



Bismillah.

Assalamualaikum semua...

Ya TUHAN dah berapa lama aku tak update blog yang satu ini. Last post - 15 February 2011!!

Lebih setahun dah tu. OKlah pembaca semua (kalau ada pembacalah kan), baaaaaanyakkkk peristiwa yang berlaku dalam hidup aku selama aku tak update blog ni. Macam-macam adaaaa... Suka, duka, tawa, nanges, kecewa, pahit, manis, masam, payau. Semua rasa ada. Complete.

Dan syukur, aku pun dah banyak berhijrah. Dari luaran sampai dalaman. Ada masa nanti aku ceritakan rentetan cerita penghijrahan aku. Even masih belum cukup sempurna, tapi aku rasa lebih tenang sekarang.

Alhamdulillah, ALLAH sentiasa ada bila aku perlukan DIA. Even aku selalu tinggalkan suruhan Dia, selalu lupa untuk bersyukur pada DIA, selalu tidak sujud pada DIA, tapi DIA selalu tolong aku bila aku susah. DIA selalu tunjukkan jalan bila aku mula menjauh. DIA selalu berikan aku kekuatan bila aku tersungkur. Maha suci TUHAN!

Jadi pembaca semua, ambil masa sesaat untuk ucapkan syukur pada TUHAN kerana masih beri peluang kepada kita untuk bernafas di bumi ciptaan-NYA ini.

Sekian dulu. Ada masa, panjang umur, aku taip lagi.

Wassalam.