Ya Rasulullah,
Walaupun tidak pernah menatap wajahmu,
Aku sentiasa mahu mengingatimu.
Walaupun tidak pernah mendengar suaramu,
Aku sentiasa mahu menyebut namamu.
Walaupun tidak pernah berhadapan denganmu,
Aku sentiasa mahu bertemu denganmu.
Walaupun kau mungkin tidak mengenaliku,
Aku mahu kau tahu, namamu sentiasa di hatiku.
Akhlakmu, imanmu, taqwamu, budimu, pekertimu, jasamu, masyaALLAH.
Andai saja aku bisa jadi kekasihmu!
Selamat hari lahir wahai kekasih ALLAH.
Selawat serta salam buatmu...
No comments:
Post a Comment