Aku gadis biasa. Selalu lakukan kesalahan. Tapi aku juga mahu berubah. Mahu jadi insan baek seperti manusia baek yang laen.
Lumrah alam. Berjuta kebaikan yang kita buat, dengan sekali kejahatan yang tak disengajakan, seluruh kebaikan akan dilupakan sekelip mata.
Aku tau aku bersalah dulu. Tapi kenapa kau tak boleh lupakan segala kesalahan aku? Aku punya ramai kawan lelaki. Dan teman lelakimu tak terkecuali. Aku rapat dengan dia. Aku mengaku aku khilaf. Tapi dia sudah kembali kepada kau. Dan aku pun sudah mulakan hidup baru. Kenapa kau masih tak mahu biarkan aku hidup tenang?
Aku perempuan. Kau juga perempuan. Kita sama-sama perempuan. Punya hati dan perasaan. Biarkan aku hidup bahagia. Kerana kau sudah ada dia.
Tolong. Aku mohon. Biarkan aku bebas. Bebas meluahkan rasa hati. Kerana apa yang aku keluarkan dari lubuk hati, bukan kutuju pada kau.
Aku tahu. Dari luaran, memang aku tak setanding kau. Kau bertudung litup. Aku, menayang rambut. Kerana itu, nampak macam aku yang lebih jahat dari kau. Tapi ironinya, aku rasa, hati aku lebih bersih dari kau.
Sekali lagi aku mohon. Biarkan aku hidup bahagia.
No comments:
Post a Comment